BLOG4FT

Sunday, January 3, 2010

KISAH CINTA TERABADI DI TAMAN BOTANI


Cantik sungguh si bunga mawar,Cantik lagi si bunga matahari
Menjadi penyeri menghiasi laman teratakku,
Dua hati kini bersatu,Gembira hati tidak terperi,
Taman botani menjadi saksi,Dia kini menjadi milikku,



Hari perkahwinan adalah hari yang cukup menggembirakan dan bersejarah bagi dua insan yang bercinta.Setelah melalui liku2 percintaan,akhirnya dua hati kini disatukan.Hari yang cukup bermakna ini semestinya ingin diraikan dengan cukup meriah dan menarik.Tidak hairanlah jika ramai pasangan pengantin yang melakukan apa sahaja untuk menjadikan hari persandingan mereka unik dan bersejarah.Bermacam2 tema dibuat dan pelbagai lokasi menjadi pilihan. Lokasi untuk majlis resepsi atau persandingan memang menjadi perkara yang amat penting.Tema, Warna dan Lokasi haruslah seiring. Salah satu dari tema dihari persanding adalah ‘persandingan di dalam taman’ dan lokasi yang sering menjadi pilihan adalah satu tempat yang unik iaitu TAMAN BOTANI,putrajaya.

Taman botani adalah sebuah taman yang memang unik dan menarik.Kehijauan pepohon dan keindahan warna bunga-bunga akan menawan hati sesiapa yang mengunjungi taman ini.Desiran dan hembusan lembut angin yang nyaman sangat menenangkan hati bagi sesiapa yang sentiasa didalam kesibukan rutin harian.Amat menyenangkan.Amat menyegarkan.

Siapa sangka masih wujud taman seindah ini di dalam hutan batu yang penuh dengan kesesakan.Tidak hairanlah taman ini menjadi rebutan pasangan pengantin untuk majlis bersejarah mereka.Keinginan untuk mencari keunikan dan kelainan mendorong pasangan2 pengantin mengabadikan kisah cinta tentang penyatuan dua hati di taman ini.

Antara Yang menarik di taman botani seperti Jambatan Kanopi ,Denai Helicornia ,Terowong Bunga Kertas ,Taman Suria ,Taman Pepanjat (pokok pepanjat) ,Taman Afrika ,Taman Tropika Amerika ,Bukit Palma ,'Floral Steps' ,Laluan Bunga Raya ,Taman Paku Pakis dan Astaka Senibina Islam.

No comments:

Post a Comment