BLOG4FT

Tuesday, January 26, 2010

PASAR TANI MEGA PUTRAJAYA




APA ITU PASAR TANI MEGA?

Pasar Tani Mega merupakan peningkatan konsep Pasar Tani Runcit dari segi peralatan dan susun atur tapak jualan. Pasar Tani Mega adalah merupakan satu lambang kejayaan milik bersama usahawan tani yang terdiri daripada peserta Pasar Tani, petani atau pengeluar, penternak dan nelayan.

Transformasi pasar tani runcit biasa kepada pasar tani mega merupakan salah satu daripada program bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan Pengurusan Rantaian Bekalan atau `Supply Chain Management'.

Pembaharuan yang dibuat adalah dari segi penggunaan peralatan yang lebih menarik praktikal, mesra dan mudah diselenggara seperti rak-rak bertingkat bagi penjualan buah, sayur dan barangan proses, dan meja besi keluli (stainless steel) untuk penjualan barangan basah seperti ikan, ayam dan daging. Ia menjadi lebih kemas dan menarik berbanding dengan penggunaan meja papan lapis dengan kaki besi berlipat di Pasar Tani Runcit. Kanopi mudah-alih bersaiz seragam sebesar 10 kaki x 10 kaki pula menggantikan payung empat segi yang biasa digunakan di Pasar Tani Runcit.

Dengan mengekalkan ciri-ciri kemesraan dan bersuasana karnival, Pasar Tani Mega mempamerkan peragaan barangan jualan yang lebih kemas dan menarik serta menyediakan ruang perniagaan yang lebih luas, kemudahan awam yang lebih selesa dan persekitaran yang ceria dan mesra-pelanggan.Saluran pasaran yang unik ini juga dibentuk supaya menjadi mercu tanda agro-pelancongan yang penting dan berupaya menarik tumpuan pelancong serta pelanggan yang lebih sofistikated.

TUJUAN PASAR TANI MEGA
  • Meningkatkan imej pasar tani kepada imej baru yang lebih elegan, kemas dan bersih yang mampu mewujudkan satu lagi mercu tanda agro-pelancongan kebanggaan pengeluar.

  • Menyediakan tempat yang lebih selesa dan menarik kepada pengeluar untuk memasarkan terus hasil keluaran mereka kepada pengguna.
  • Mewujudkan satu institusi tetap pembangunan keusahawanan tani bagi melahirkan lebih ramai pengeluar-pemasar dan pengeluar-usahawan

  • Lebih bersuasana karnival, ceria dan mesra pelanggan


KESAN PENUBUHAN PASAR TANI MEGA

  • Impak jualan peserta telah meningkat 10% - 20%. Secara tidak langsung, ia telah meningkatkan pendapatan para pengeluar yang merupakan peserta pembekal kepada Pasar Tani Mega Bilangan peserta telah dapat ditingkatkan

  • Memberi peluang kepada pengguna mendapatkan pelbagai barangan keperluan
Sehingga kini sebanyak 9 Pasar Tani Mega telah dilancarkan di seluruh negara dan Putrajaya adalah yang ke-10

Di Wilayah Persekutuan, sebanyak 6 buah pasar tani telah diwujudkan dan Pasar Tani Putrajaya merupakan Pasar Tani Mega kedua yang diwujudkan di Wilayah Persekutuan selepas Taman Bukit Angkasa, Kuala Lumpur.

PASAR TANI MEGA PUTRAJAYA


Pasar Tani Mega Putrajaya yang bertempat di Precint 2, adalah hasil dari gabungan 2 ciri pasar harian yang berbeza iaitu pasar tani dan juga pasar malam. Ia beroperasi bermula dari pukul 10 pagi hingga lah ke pukul 10 malam, setiap hari Selasa dan Jumaat setiap minggu.

Kemeriahan nya mula terasa bila menjelang malam, di mana bilangan pengunjung akan bertambah ramai bukan sahaja dari Putrajaya malahan dari kawasan sekitar yang berhampiran. Waktu malam merupakan waktu kemuncak segala aktiviti di pasar tani tersebut .Ini kerana pada waktu tersebut ramai kakitangan kerajaan dan swasta pulang dari kerja.Ia juga telah menjadi salah satu tarikan pelancongan di Putrajaya

Pasar tani ini diasaskan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan mula beroperasi pada 1 Mac 2006, telah memberi peluang kepada semua warganegara yang berminat untuk berniaga secara kecil-kecilan dan bersesuaian dengan syarat yang ditetapkan. Ia telah menjadi pemangkin kepada sektor perniagaan IKS di negara ini.

Pelbagai menu dan juadah ada dijual di pasar tani ini sekali gus menawarkan aneka pilihan kepada pengunjung. Sewa yang berpatutan sebanyak RM8 bagi satu kanopi juga memberi galakan kepada penjual untuk berniaga. Lokasi yang strategik dan tempoh berniaga yang panjang memberi keselesaan kepada pengunjung dan juga peniaga.


Info Pasar Tani Mega Putrajaya:

  • Bilangan peserta pasar tani di Pasar Tani Mega Putrajaya ini seramai 104 orang
  • Pasar Tani Mega Putrajaya diwujudkan untuk memberi kemudahan penduduk setempat dan para kakitangan kerajaan yang tinggal di Putrajaya untuk membeli hasil-hasil pertanian segar
  • Ia juga sebagai outlet tambahan kepada hasil-hasil pertanian dan makanan
  • Pasar Tani Mega Putrajaya ini juga satu medan untuk menonjolkan produk-produk pertanian yang telah ditambah nilai seperti:
    • Daging sudah dipek sejuk beku
    • Ayam di pek mengikut bahagian (e.g kepak, dada dll)
    • Ikan diproses (filet – dicampur rempah)
    • Daging siap dipotong dan di pek bersama rempah
    • Sayur yang sudah dipek dan sedia dimasak

3 comments:

  1. PASAR TANI MEMBERI KEMUDAHAN KEPADA PENDUDUK SETEMPAT UNNTUK MENDAPATKAN KEPERLUA HARIAN. MEMANDANGKAN MASYARAKAT BANDAR SUAMI ISTERI BEKERJA. PASAR TANI ADALAH WAJAR DIPERBANYAKAN DAN DIPELBAGAIKAN JUALAN. SEHUBUNG DENGAN ITU MEMBERI PELUANG KEPADA PENIAGA KECIL DAN SEDERHANA MENCARI REZQI HALAL. TOK NGAH.

    ReplyDelete
  2. saye jgak bleh beli banyak barang yg murah

    ReplyDelete
  3. asalam,
    saya berminat memasuki pasar tani mega untuk menjual daging dan produk berkaitan. Bagaimana cara pendaftaran dan bayaran dan syarat dan terma nya. T.Kasih
    Razali, Felda Farm Products Sdn Bhd
    razali.ibr@felda.net.my or 0192769092

    ReplyDelete