BLOG4FT

Sunday, January 3, 2010

UNIKNYA SENIBINA DI PUTRAJAYA

Seni bina bangunan di Putrajaya memang cantik dan unik.Lain dari yang lain.Lihat dari luaran bangunan sahaja sudah membuat pengunjung terpegun inikan pula senibina dibahagian dalamnya.Penuh dengan ukiran-ukiran yang menarik.Rekaan betuk-bentuk bangunan jugak mengagumkan.

Lihat sahaja masjid yg terbaru di Putrajaya iaitu 'Masjid Besi' di Presint 3, berhampiran tasik Putrajaya.Binaan itu mendapat panggilan itu ekoran binaannya terdiri daripada 70 peratus besi keluli (6,000 tan).Amat membanggakan.Sangat cantik.Ini satu lagi tanda kejayaan rakyat dan negara Malaysia.Bangunan yg cantik dan cukup gah ini sentiasa dipenuhi pengunjung terutama untuk menjalani ibadah sembahyang Jumaat.
Bukan itu sahaja,Jambatan-jambatan yang dibina di Putrajaya juga amat menarik.Membuatkan perjalanan pengunjung tidak membosankan.Sungguh cantik.Antara jambatan-jambatan tersebut adalah Jambatan Putra ,Jambatan Seri Bakti ,Jambatan Seri Bestari ,Jambatan Seri Gemilang ,Jambatan Seri Perdana,Jambatan Seri Saujana,Jambatan Seri Setia dan Jambatan Seri Wawasan.


Jambatan Seri Wawasan


Banyak lagi senibina-senibina yang menarik di putrajaya seperti:
Kompleks Perbadanan Putrajaya


Istana Kehakiman

Dataran Putra
Perdana Putra

Kementerian Kewangan









Menarik kan.........

No comments:

Post a Comment