BLOG4FT

Sunday, January 24, 2010

KOLAM RENANG AWAM PUTRAJAYA

Bagi ibu bapa yang bekerja, hujung minggu adalah hari untuk meluangkan masa bersama-sama anak-anak. Pelbagai aktiviti dirancang.Ada yang bawa anak jalan-jalan ke kompleks beli- belah,tak kurang juga ada yang menjelajah hingga ke Bagan Lalang di Sepang atau Port Dickson di Negeri Sembilan untuk mengisi masa tersebut dengan menikmati panorama pantai.

Kini ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka untuk menikmati keseronokan bermain kolam hanya di Putrajaya.Disamping melihat permandangan yang memukau mata memandang sepanjang perjalanan di Putrajaya, anak-anak juga boleh mandi-manda dikolam-kolam awam yang disediakan disekitar Putrajaya.Ia sememangnya berbaloi untuk meluangkan masa bersama keluarga di Putrajaya.

Kolam-kolam renang tersebut itu sudah boleh dikunjungi dengan tanpa bayaran ataupun dengan bayaran yang sangat berpatutan.

Kolam-kolam ini menyediakan kemudahan rekreasi yang pelbagai dan dapat memenuhi keperluan masyarakat pelbagai peringkat umur, ia sesuai dijadikan pusat rekreasi untuk keluarga. Tempat berenang khas yang disediakan pula membolehkan kanak-kanak berenang dalam kolam tersebut dengan selamat. Terdapat juga taman permainanan untuk kanak-kanak.

Terdapat 4 kolam renang awam disekitar Putrajaya:
  • Kolam Renang Kompleks Kejiranan Presint 6


  • Kolam Renang Kompleks Kejiranan Presint 9



  • kolam Renang Kompleks Kejiranan Presint 11






  • Kolam Renang Kompleks Kejiranan Presint 16

Diantara kolam-kolam renang ini, kolam di presint 6 adalah yang terbaru dibuka kepada orang ramai.Ia mula beroperasi pada 1 Mac 2008.Ia agak menarik kerana dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan yang tiada pada kolam renang lain.ia dilengkapi dengan kolam renang bersaiz olimpik,kolam latihan dan juga kolam renang untuk kanak-kanak.Permandangan di sekitar kolam ini juga menarik di samping aktiviti-aktiviti yang dilakukan di tasik bersebelahan dengan kolam renang ini.

Bagi kolam renang di Presint 6 dan 11, terdapat bayaran yang dikenakan iaitu:

Dewasa : RM2.00/2 jam
Kanak-kanak : RM1.00/2 jam

Jadual operasi kolam renang di Kompleks Kejiranan Presint 6, 9, 11 dan 16 adalah seperti berikut :

Sesi 1 : 9.00 pagi – 11 pagi
Sesi 2 : 1.00 petang – 3.00 petang
Sesi 3 : 5.00 petang – 7.00 petang
Sesi 4 : 8.00 malam – 10.00 malam


PERATURAN-PERATURAN PENGGUNAAN KOLAM RENANG AWAM PUTRAJAYA

1. Masa penggunaan kolam renang ini adalah secara berasingan mengikut jantina sepertimana yang diperincikan dalam jadual di para 2.3 di atas. Mereka yang tidak berkenaan tidak dibenarkan masuk ke kolam renang kecuali penyelamat atau kakitangan bertugas.

2. Pengguna tidak dibenarkan masuk tanpa memakai ”Wrist band”.

3. Pengguna hendaklah menggunakan pakaian mandi yang dibenarkan apabila memasuki kolam renang. Bagi kolam kanak-kanak, pengiring boleh masuk dengan pakaian biasa.

4. Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun hendaklah ditemani setiap masa.

5. Pengguna hendaklah bersihkan diri di air pancuran yang disediakan terlebih dahulu sebelum memasuki kolam.

6. Pengguna yang mengidap penyakit kulit, penyakit berjangkit atau mabuk tidak dibenarkan memasuki kawasan kolam.

7. Pengguna adalah dilarang berkelakuan tidak senonoh atau sebarang tindakan kacau ganggu pengguna lain.

8. Pengguna adalah dilarang membawa masuk sebarang jenis minuman dan makanan ke dalam kolam renang. Begitu juga merokok, makan dan minum adalah dilarang semasa berada dalam kolam renang.

9. Pengguna dilarang membawa masuk sabun, syampu atau benda lain yang tidak berkaitan di kawasan kolam.

10. Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekitar kolam. Dilarang membuang apa-apa benda termasuk cairan ke dalam kolam.

11. Pengguna dilarang membawa masuk sebarang jenis binatang ke kawasan kolam.

12. Pengguna dilarang mengguna atau mengalih peralatan menyelamat kecuali dengan kebenaran atau semasa kecemasan.

13. Pengguna digalakkan memakai ”goggles” semasa mandi.

14. Pengguna tidak digalakkan mandi semasa hujan lebat, guruh atau petir.

15. Pengguna yang tidak/kurang pandai berenang dinasihatkan tidak berenang berseorangan.

16. Pengguna hendaklah sentiasa mematuhi dan mengikuti semua arahan yang dikeluarkan oleh petugas atau penyelamat.

17. Perbadanan Putrajaya berhak menegur atau menasihati mana-mana pengguna yang melanggar peraturan yang ditetapkan dan mengarahkan pengguna yang tidak mematuhi peraturan supaya meninggalkan kawasan kolam renang serta merta.

18. Perbadanan Putrajaya berhak membatal, meminda atau menambah mana-mana peraturan penggunaan kawasan kolam renang dari masa ke semasa.

19. Perbadanan Putrajaya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, kecederaan, kemalangan atau kematian pengguna sebelum, semasa dan selepas menggunakan kolam renang ini.

20. Tempahan berkumpulan pula tertakluk kepada peraturan tambahan seperti berikut:

a. Kelulusan tempahan bergantung kepada pembayaran penuh sebelum guna dan pematuhan syarat penggunaan seperti di atas.

b. Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya dua (2) minggu sebelum tarikh guna secara bertulis atau dengan menggunakan borang yang disediakan.

c. Tempahan dari agensi kerajaan boleh dibuat dengan menggunakan surat rasmi atau pesanan tempatan masing-masing.

d. Pembayaran bagi tempahan berkumpulan boleh dibuat di kaunter atau mana-mana tempat / kaedah bayaran yang diluluskan oleh Perbadanan Putrajaya. Resit Bayaran hendaklah ditunjukan sebagai bukti bayaran semasa hendak memasuki kawasan kolam renang.

e. Sebarang perubahan masa atau tarikh penggunaan hendaklah dibuat tidak kurang dari 3 hari sebelum tarikh guna asal.

f. Pembatalan disaat akhir tidak digalakkan.

9 comments:

  1. hi...nk tny..mmg kena buat tempahan dulu ke sblm guna?..tak bole trs dtg aje ke?..thx...

    ReplyDelete
  2. Info yang menarik nie,, boleh bawa seisi keluarga bersantai hujung minggu..

    ReplyDelete
  3. nak tanya skit... tak bagitahu pun masa penggunaan yg berlainan untuk jantina... takut nanti sampai sana tak jadi masuk dalam lak

    ReplyDelete
  4. sy biasa ke kolam presint 6. campor je lelaki perempuan dan kanak2. tapi rasa nya tiada masalah. sbb masing2 sebok aktiviti renang. yang mulimah wanita boleh lah berpakaian "renang muslimah".

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. www.mataoke.com

    Jual KOLAM RENANG PORTABLE GAN, besar, kecil dan lengkap chek di web ane gan
    www.mataoke.com

    Terima kasih

    ReplyDelete
  7. www.mataoke.com

    gan ikut nebeng ya , jual kolam reang portable

    ReplyDelete
  8. Presint 11 dengan Presint 6 memang port aku.haha

    *Kalau malu tak pandai berenang,tak nak lampu terang sangat malam2,nak santai-santai,boleh pegi presint 11.Hahaha.

    ReplyDelete
  9. Salam nk tanye, mmg kena pakai swimming suit ke?kalau pakai tshirt n sluar trek je tak boleh ke?

    ReplyDelete