BLOG4FT

Tuesday, January 19, 2010

KOMPLEKS SUKAN AIR KEMEGAHAN PUTRAJAYA DI ARENA ANTARABANGSA DAN KEBANGSAAN

Kompleks sukan air di Presint 6, Putrajaya telah dibina bertujuan untuk memajukan lagi acara sukan air dalam negara dan juga memperkenalkan Putrajaya sebagai satu lagi destinasi utama bagi penggemar-penggemar sukan ini untuk beraksi.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan di kompleks ini seharusnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh orang ramai terutama sekali penduduk Putrajaya. Tasik buatan manusia itu menyediakan kemudahan sukan air yang terbaik yang boleh diakses oleh orang ramai pada kadar bayaran yang hampir percuma.


Ini adalah peluang terbaik bagi rakyat Malaysia untuk belajar dan mencuba sukan air kerana semua kelengkapan dan kemudahan telah disediakan. Pada masa ini masih ramai yang tidak tahu mengenai kemudahan yang disediakan di kompleks sukan air ini, sebaliknya yang sering menggunakannya adalah dari kalangan warga asing.




Klinik pelayaran yang diadakan merupakan salah satu cara terbaik untuk menggalakkan pembangunan sukan pelayaran di Malaysia. Klinik anjuran Kementerian Beliau dan Sukan, dan Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) itu menawarkan peluang kepada peminat sukan layar untuk belajar dan berlatih dibawah kelolaan jurulatih bertaraf dunia.

Terdapat pelbagai fasiliti yang disediakan oleh pihak pengurusan khususnya untuk pengunjung seperti kemudahan kolam renang, hotel, jeti dan tandas awam. Di sini juga terdapat 'Pantai Buatan' yang dibina bagi menghiasi persekitaran hotel yang dibina mirip ala-ala 'Bali' dan bagi golongan kanak-kanak pula ianya sesuai untuk bermandi-manda kerana terdapat kolam awam disediakan disini. Terdapat beberapa kemudahan sukan air yang dibina untuk pengunjung iaitu seperti sukan polo air, kayak, dan juga jet ski.


Sejak dua tahun lepas, kompleks sukan air ini telah beberapa kali menjadi tumpuan peminat sukan air dari seluruh dunia.Banyak acara sukan air bertaraf antarabangsa telah diadakan disini.
Pemilihan Putrajaya sebagai lokasi sukan air bertaraf dunia itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek termasuk faktor cuaca dan kesesuaian paras air di Tasik Putrajaya.Disamping itu Putrajaya mempunyai sebuah kompleks sukan air yang lengkap dan bertaraf dunia serta mempunyai pusat maritim dan hotel bertaraf lima bintang yang dapat memenuhi keperluan kejohanan dunia.


Kualiti air di tasik ini secara keseluruhannya mencapai kelas 2B yang diiktiraf oleh Interim National Water Quality Standards, dan amat sesuai, selamat serta memenuhi syarat acara sukan air di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Kompleks sukan ini juga dilengkapi dengan kemudahan bertaraf antarabangsa dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Kanu Antarabangsa dimana Ia mempunyai gelanggang perlumbaan sejauh 1,000 meter dengan kelebaran 81 meter bagi 9 lorong perlumbaan. Lorong untuk latihan (warm-up lanes) juga turut disediakan. Lorong-lorong perlumbaan ditanda menggunakan boya Albano untuk mempastikan kelurusan. Gelanggang ini juga dilengkapi dengan sistem pelepasan automatik (Automatic Start System), sistem catatan masa elektronik, dan perekodan bergambar di garisan penamat (photo-finish system).

Dengan pelbagai kemudahan yang bertaraf antarabangsa serta ciri-ciri keselamatan yang dikawal rapi, kompleks ini telah membuktikan keselesaan pengunjung antara perkara yang dititikberatkan.Selain kemudahan asas yang disediakan, di kompleks tersebut juga turut terdapat jurulatih yang profesional untuk mengendalikan aktiviti yang diadakan.

Ramai yang berpuas hati dengan komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan serta kemudahan-kemudahan asas yang disediakan oleh Perbadanan Putrajaya selaku penganjur sukan air di kompleks ini. Hotel Pullman yang berdiri gah disebelah tasik ini juga amat memuaskan sebagai tempat penginapan kepada peserta-peserta sukan air ini.

Ini menunjukkan komitmen yang telah diberikan oleh Perbadanan Putrajaya untuk mempromosi pelancongan sukan di Putrajaya dan pada masa yang sama mempelbagaikan sukan air di Tasik Putrajaya yang mempunyai pelbagai kemudahan bertaraf dunia.

Putrajaya mampu menjadi penganjur terbaik kerana ia memiliki keistimewaan tersendiri terutama dari segi keindahan landskap dan seni bina bangunannya yang unik.Permandangan di sekitar tasik juga menarik.

PROGRAM/AKTIVITITARIKH
Pesta Air Putrajaya11-13 Julai 2008
Kejohanan Kanu Kebangsaan dan MAKSAK Malaysia 200822 - 24 Ogos 2008
Putrajaya IWSF Waterski World Cup 20087 - 9 Nov 2008
Putrajaya 1st International Dragon Boat Festival5 - 7 jUN 2009
Karnival Sukan Air KBS -Putrajaya12 - 14 jUN 2009
Kejohanan Rowing JPM20 - 21 jUN 2009
Putrajaya Sailing Week10 - 12 Julai 2009
Pertandingan Renang Tertutup Komuniti24 Okt 2009
Waterski World Cup6 - 8 Nov 2009
Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Sukan18 - 20 Nov 2009
Kejohanan Kanu Kebangsaan Putrajaya & MAKSAK Malaysia 20094 - 6 Dis 2009

No comments:

Post a Comment