BLOG4FT

Sunday, January 31, 2010

PUTRAJAYA : UMPAMA MIMPI JADI KENYATAAN

Wilayah Persekutuan Putrajaya memang terkenal dengan keindahan seni binanya yang cukup unik. Seni bina yang banyak dipengaruhi ciri Seni Bina Islam melambangkan Malaysia sebagai negara Islam moden yang membina tamadunnya seiring dengan kepesatan era kemajuan dunia.

Putrajaya kini telah berjaya membuka mata dunia dan meletakkan dirinya dalam peta dunia sebagai tempat yang wajib dilawati oleh pelancong ke Malaysia. Kunjungan ke Malaysia bagaikan tidak lengkap tanpa melawat Pusat Pentadbiran Negara ini.
Siapa sangka kawasan yang dahulunya merupakan sebuah ladang kelapa sawit dan hutan yang dihuni oleh bermacam-macam haiwan, kini telah berubah wajah menjadi sebuah Bandar moden yang sungguh artistik dan menjadi pusat pentadbiran yang baru bagi Malaysia.

Jika dulu ada pihak yang melemparkan pelbagai kecaman terhadap pembinaanPutrajaya dengan dakwaan kononnya membazir dan membuang masa, tetapi kini mereka mengakui kepentingan kewujudan bandar ini malah berbangga dengannya.
Putrajaya kini diiktiraf sebagai model pembangunan bersepadu bukan sajasebagai Pusat Pentadbiran Negara, malah pembangunan yang menitikberatkanpelbagai aspek, tanpa mengorbankan unsur semula jadinya.

Putrajaya adalah Pusat Pentadbiran Negara, tetapi pada masa sama mengandungi komponen lain seperti perumahan, komersial dan rekreasi bagi menghidupkan bandar raya ini.Perancangan pembangunan Putrajaya sangat teratur dan terperinci hingga mengambil kira kemudahan yang dapat menarik orang ramai ke sini.
Idea untuk mewujudkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan pertama diluar Kuala Lumpur dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pada pertengahan 1980-an.
Pada 2 Jun 1993, Kabinet meluluskan Prang Besar di Sepang, Selangorsebagai tapak bagi pembangunan itu. Nama Prang Besar kemudian ditukarkepada Putrajaya sebagai menghormati Perdana Menteri Malaysia pertama,Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Pada 12 Disember 2000, Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2000bagi penubuhan Wilayah Persekutuan Putrajaya dikemukakan di Dewan Rakyatdan diluluskan. Pada 1 Februari 2001, Putrajaya secara rasminya diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan ketiga oleh Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad di Dataran Perdana, Putrajaya.Disinilah bermulanya sejarah Putrajaya.Sejarah kejayaan besar kerajaan Malaysia.
Putrajaya Holdings Sdn Bhd telah bertindak sebagai pemaju dan pembiayaprojek berkenaan. Pada 1996, Perbadanan Putrajaya diwujudkan dan diberi kuasa menjalankan semua keputusan eksekutif berkaitan Putrajaya bagi pihak Kerajaan Persekutuan dan untuk bertindak sebagai pihak berkuasa tempatan selepas projek pembinaan siap.

Putrajaya merangkumi kawasan seluas 4,581 ekar dan ia terletak di tengah-tengah Koridor Raya Multimedia. Ia juga merupakan kota yang terancang dengan mengambil kira kegunaan tanah, sistem pengangkutan dan infrastrukturnya. Tambahan pula, Lokasinya sangat strategik kerana ia terletak di sepanjang Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Cyberjaya. Ia juga terletak kira-kira 25 kilometer di bahagian selatan ibu negara Kuala Lumpur.

Putrajaya menempatkan pejabat kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan bagi memastikan pengurusan dan operasi berjalan dengan lebih lancar. Selain daripada itu, ia turut menempatkan kawasan perumahan berlanskap dan juga merupakan pusat bagi aktiviti komersil, kebudayaan, sukan, rekriasi serta teknologi maklumat.
Bangunan batu yang menggabungkan seni bina tempatan dan moden mula memenuhi Putrajaya, namun pembangunannya tidak sekali-kali mengorbankan alam semula jadinya. Inilah keunikan Putrajaya sebagai Bandar Raya Dalam Taman.

Kelebihan alam semula jadi ini juga menjadi tarikan utama pelancong ke sini, selain seni bina bangunannya yang unik.Pembinaan taman seperti Taman Putra Perdana, Taman Wetland dan Taman Botani menjadi aset untuk menarik pelancong ke Putrajaya.

Pembinaan banyak taman di Putrajaya untuk mewujudkan `iklim mikro', dan mengekalkan kawasan hijau di mana ia dapat membantu mengekalkan persekitaran Putrajaya menjadi lebih sesuai untuk kehidupan harian, tenang, damai, selesa serta mampu mewujudkan semula suasana alam semula jadi.Ia boleh dijadikan tempat riadah dan rekreasi untuk pengunjung dan penduduk serta dapat menggalakkan lagi sektor pelancongan setempat. Secara mudahnya dikatakan, Bandar Moden ini dilengkapi sistem penghijauan yang tersusun rapi.Keunikan dan kelainan tarikan di Putrajaya, adalah antara penyebab utama mengapa semakin ramai penduduk tempatan dan pelancong asing mengunjungi Putrajaya.

Selain, tarikan semula jadi, Perbadanan mempelbagaikan kegiatan diPutrajaya dengan mewujudkan kegiatan yang tiada di tempat lain. Contohnya,konsep perniagaan Souq yang terkenal di Timur Tengah.

Pembinaan Pusat Konvensyen bertaraf dunia[PICC] telah menjadi satu lagi kejayaan penting di Putrajaya. Di pusat ini berlangsungnya pelbagai acara peringkat tempatan dan antarabangsa yang mana Malaysia menjadi tuan rumahnya.

Bukan itu sahaja, kehadiran monumen terbaru di Putrajaya yang dikenali sebagai Monumen Alaf Baru merupakan satu lagi mercu tanda negara yang sememangnya dibanggakan seluruh rakyat negara ini. Monumen pencakar langit itu diilhamkan untuk mendokumentasikan sejarah kegemilangan negara melalui rekabentuk yang mengenengahkan kesenian dan keindahan warisan budaya dan Negara.

5 comments:

  1. salam! haii..
    i'm ur new follower..
    bgus la info2 ni..saya baru nk explore putrajaya..
    nak isi masa lapang n crik pengalaman..
    thx ya!
    sudi2 la ke blog saya :)

    dapurhangitsaya.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...saya bangga dengan mu wahai Putrajaya...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih penulis karangan nih, senang skit bt qeja ��

    ReplyDelete
  4. Sudi-sudi la datang Putrajaya lagi..ada lagi tempat2 yang best..singgah la kat blog saya kalo nak datang rombongan http://rombongan-sekolah-ke-putrajaya.blogspot.com/

    ReplyDelete