BLOG4FT

Thursday, January 21, 2010

KOMPLEKS SUKAN TAMAN PANCARONA


Kompleks Sukan Taman Pancarona, Presint 18, Putrajaya merupakan sebuah Kompleks yang menawarkan pelbagai kemudahan sukan yang cukup lengkap kepada orang ramai khususnya kepada warga Putrajaya.

Taman ini sering menjadi pilihan bagi acara sukan kerana ia tempat yang sesuai bagi aktiviti riadah dan santai sambil menikmati keindahan landskap dan pemandangan tasik yang damai.Ia juga satu tempat yg sangat menarik untuk kita semua terokai

Permandangan disekeliling taman ini agak mempersonakan mata memandang kerana ia terletak di kawasan berbukit. Jadi, di kiri dan kanan anda semua nanti akan dipenuhi dgn kehijauan flora yg memukau.

Antara kemudahan sukan yang tersedia adalah seperti berikut :
  • Padang Bola Sepak;


  • 2 Buah Gelanggang Futsal / Bola Keranjang;


  • 2 Buah Gelanggang Bola Jaring;


  • 4 Buah Gelanggang Sepak Takraw;


  • 3 Buah Gelanggang Bola Tampar.
Taman ini yang turut menyediakan pelbagai fasiliti lain untuk kemudahan pengunjung-pengunjungnya sentiasa menarik perhatian orang ramai untuk berkunjung dan beriadah disini.Antaranya adalah kewujudan wakaf sebagai tempat beristirehat bagi pengunjung selepas penat bersukan amat sesuai sekali. Fasiliti-fasiliti lain yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
  • Grandstand penonton yang boleh memuatkan seramai 800 orang penonton pada suatu masa.


  • Surau


  • Bilik Persalinan


  • Lot Parking Kereta dan Motosikal


  • Tandas Lelaki & Wanita


  • Bilik VIP


  • P. A system
Fasiliti yang lengkap dan permandangan yang cantik menjadikan taman ini lokasi pilihan oleh agensi kerajaan dan swasta serta sekolah untuk penganjuran aktiviti seperti Hari Keluarga, Hari Sukan, Jogathon, pertandingan bola sepak dan sebagainya.

Taman ini boleh digunakan pada setiap hari bermula pada 8.00 pagi hingga 12.00 malam.Jadi, para pengunjung boleh lah datang ke taman ini bila-bila masa yang diingini.

Untuk menggunakan kemudahan sukan yang terdapat disini, para pengunjung boleh datang terus atau pun membuat tempahan terlebih dahulu.Pada masa kini segala urusan tempahan kemudahan adalah melalui permohonan secara rasmi atau mengisi borang tempahan yang telah disediakan.

KADAR BAYARAN BAGI SETIAP PESERTA

Penggunaan Bola Sepak Futsal Bola Jaring Takraw Bola Tampar Bola Keranjang
Siang (Hari Biasa)70.0015.00Percuma Percuma Percuma Percuma
Malam (Hari Biasa) 100.0025.00 Tiada 8.00 10.0010.00
Siang (Cuti Am/Umum) 100.0025.00 Percuma Percuma Percuma Percuma
Malam ( Cuti Am/Umum)200.0050.00 Tiada 8.00 10.0010.00
Jaring 0.000.000.002.004.000.00

1 comment:

  1. dengan siapa saya boleh tempahan? kat mane nak amik borang tempahan?

    ReplyDelete