BLOG4FT

Wednesday, January 27, 2010

PANTAI DI PUTRAJAYA?



Pantai di Putrajaya? Pasti timbul persoalan tentang perkara itu di fikiran sesiapa sahaja jika diberitahu tentangnya kerana semua orang sedia maklum bahawa Putrajaya bukannya terletak berdekatan dengan mana-mana pantai atau pun laut. Memang sukar dipercayai bukan?Tetapi itulah hakikatnya. Ini kerana kini sudah wujud pantai buatan manusia di Putrajaya.Satu-satunya pantai buatan di Negara ini.


Lokasinya dianggarkan hanya kira-kira 25 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ibu kota, Pantai Replika Putrajaya terletak bersebelahan dengan kompleks sukan air dan Pusat Maritim Putrajaya yang mana kedua-duanya adalah pusat rekreasi air yang terkenal di Putrajaya.

Pantai replika mini di Presint 5 ini mempunyai permandangan yang cukup menarik kerana terletak di pesisiranTasik Putrajaya.Namun begitu yang lebih menarik lagi tentang pantai ini adalah kerana ia berada dalam pekarangan Hotel Pullman yang mana merupakan destinasi rekreasi terbaru untuk orang ramai terutama sekali bagi warga Putrajaya.Hotel Pullman yang berdiri gah di tepi tasik Putrajaya itu mempunyai daya tarikan yang tersendiri dari segi senibinanya.

Walaupun ia diubah suai daripada tasik, namun pemandangannya dan panoramanya tetap sama dengan pantai sebenar di mana orang dewasa boleh bersantai dan beristirehat di bawah pepohon kelapa disepanjang pantai manakala kanak-kanak boleh bermain pasir di pantai.
Tempat berenang khas yang disediakan pula memberi keselesaan kepada ibu bapa untuk membenarkan anak-anak berenang di dalam Tasik Putrajaya.

Lokasi pantai replika ini menjanjikan permandangan yang lebih menarik kepada pengunjung. Pengunjung akan dapat menikmati keindahan dan keunikan seni bina Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Hotel Pullman dan Jambatan Seri Gemilang.



Pantai itu sudah boleh dikunjungi oleh orang ramai dan tiada bayaran masuk dikenakan.

1 comment: